Peserta : Berkumpulan

Tempoh : 1-2 jam

Peralatan yang disediakan : Tiub atau pelampung, tali, jaket keselamatan.

Maklumat :
Untuk mereka yang gemarkan sesuatu cabaran, aktiviti berakit adalah pilihan mereka.
Para peserta dilatih secara berkumpulan dengan membina rakit ciptaan mereka sendiri menggunakan tiub @ pelampung yang disediakan.
Para peserta juga dibekalkan dengan jaket keselamatan dan akan dipantau oleh jurulatih yang berpengalaman dan juga bot peronda untuk tujuan keselamatan.
Aktiviti berakit ini diadakan dengan menyusuri Sungai Perak dari KRIS menuju Kuala Kangsar.

Pakej yang menawarkan aktiviti ini :- Pakej C, Pakej D, Pakej F.