Dari Utara : Selepas susur keluar dari Lebuhraya Utara Selatan Kuala Kangsar, terus menuju ke arah pekan Kuala Kangsar sehingga menemui sebuah bulatan menara jam dan belok ke kiri. Teruskan perjalanan sehingga menemui jambatan lama Iskandar. Setelah melalui Jambatan Iskandar lama, teruskan perjalanan dan di satu simpang di sebelah kiri anda harus belok ke kiri masuk ke Karai. Teruskan perjalanan anda dengan mengikuti papan tanda KRIS di sepanjang perjalanan.

Dari Selatan : Selepas susur keluar dari Lebuhraya Utara Selatan Ipoh Selatan, terus menuju ke Sg.Siput (U) melalui jalan lama Ipoh-Kuala Kangsar. Terus menuju ke pekan Sg.Siput sehingga berjumpa dengan Hospital Besar Sg.Siput yang terletak di hujung pekan. Belok ke kanan memasuki simpang Hospital Besar tersebut. Teruskan perjalanan sehingga menemui papan tanda Kg. Bekut. Apabila menemui satu persimpangan-T, belok ke kanan menuju Kampung Raja Intan Suraya. Kem Rekreasi Intan Suraya hanya 3 km dari persimpangan-T itu..

Klik untuk paparan penuh
Klik untuk paparan penuh