Peserta : Individu @ berkumpulan

Tempoh : 2 - 3 jam

Peralatan yang disediakan : kayak berserta dayung, jaket keselamatan, bot peronda.

Maklumat :
Aktiviti berkayak ini biasanya dijalankan pada waktu pagi @ petang dan bergantung kepada permintaan pengunjung.
Pengawasan dari pihak KRIS akan dilakukan iaitu dengan melakukan rondaan bot bagi mengawasi pengunjung yang berkayak. Jaket keselamatan harus digunakan untuk aktiviti ini.
Pengunjung akan berkayak menyusuri Sungai Perak secara berkumpulan @ individu. Sebelum aktiviti ini dijalankan, pengunjung akan diberikan sedikit taklimat keselamatan jika berlaku kecemasan dan teknik-teknik berkayak yang betul juga ditunjuk ajar oleh jurulatih KRIS.